Penubuhan KRTML ini adalah selaras dengan misi dan visi pembangunan kampung yang dirangkah oleh pengerusi jkkk sewaktu beliau dilantik dengan suara majoriti oleh penduduk kampung menjadi pengerusi jkkk kg. Minawo Laut yang lepas. Dalam pembentukan ajk jkkk yang lepas, beliau telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada En. Johanes Bulot dalam merintis penubuhan KRTML ini menjadi kenyataan.
Dalam ucapan En. Melitus, beliau menyatakan bahawa sepatutnya mesyuarat kali ini akan disertai bersama oleh para pegawai daripada Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional untuk memberikan info-info penting proses penubuhan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kepada ahli-ahli KRTML. Namun disebabkan oleh pertembungan mesyuarat para pegawai tersebut di peringkat jabatan maka dijangka para pegawai mungkin mengalami kegagalan untuk turut serta dalam mesyuarat kali ini.
Dalam ucapan sulung En. Johanes Bulot selaku pengerusi penaja KRTML, beliau menyentuh tentang rasionalisasi penubuhan KRTML dan beberapa prosedur penting penubuhan KRT seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPIN). Seterusnya beliau mengumumkan senarai ahli jawatankuasa penaja KRTML yang akan bertanggungjawab penuh dalam menggalas tugas melaksanakan kewujudan KRTML dengan jayanya.
Berikut ini adalah senarai ahli jawatankuasa penaja KRTML yang telah dilantik menjadi penaraju kecemerlangan pelaksanaan segala aktiviti yang akan dirangka kelak setelah proses pendaftaran KRTML berjaya di peringkat JPIN.
AHLI JAWATANKUASA PENAJA KRTML
Pengerusi: Johanes Bin Bulot@Bulat
Naib Pengerusi: John Golit
Setiausaha: Edna John
Penolong Setiausaha: Marcellus Kondu
Bendahari: Diana Alban Akim
Penolong Bendahari: Elizebeth John
Biro Pendidikan: Innocentia Marcus
Biro Kesihatan: Fredollin Pasika
Biro Keselamatan: Peter Alban
Biro Sukan dan Rekreasi: Reneus Mani
Biro Kesenian dan Kebudayaan: Ady Joseph
Biro Penerangan: Jika George G
Biro Kerohanian/Moral: Jaimisseus Manggata
Biro Publisiti/Blog/wazapp/telegram: Kent Japius
Biro Dokumentasi: Kenet Mahinggil
Biro Kebajikan: Christina Yantim
Biro Siaraya: Paulus Saut
Sementara itu dalam ruangan sesi soaljawab kepada komuniti penduduk Kg. Minawo Laut, beberapa cadangan penambahbaikan AJK KRTML telah diusulkan oleh En. Roger Joannes dan diterima sebulat suara oleh para ahli komuniti. Turut memberikan beberapa perkongsian pandangan membina tentang penubuhan KRTML ini ialah En. Francis Yantim. Antara lain beliau menekan tentang peri pentingnya menjaga etika dalam KRTML sebagai salah satu agen kepada pembangunan perpaduan antara masyarakat dengan masyarakat dan masyarakat dengan kerajaan pada masa kini. Selain itu, beliau juga meminta agar ahli-ahli komuniti peka kepada perkembangan persekitaran yang kian memberi impak negetif kepada masyarakat umumnya dan khususnya masyarakat Kg. Minawo Laut dalam segala hal.
Johanes Bulot@Bulat
Pengerusi Penaja
Komuniti Rukun Tetangga
Kampung Minawo Laut
Nice blog
ReplyDeleteBagusnya ada blog sudah. Pounsikou tompinai arnes
ReplyDelete