Saturday, 21 March 2015

Gotong Royong Perdana Membersih Tapak Tamu Kampung Minawo Laut

21 Mac 2014 - Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, begitulah ungkapan yang tepat kepada penduduk Kampung Minawo Laut apabila bergotong royong membersihkan kawasan khas tapak tamu atau dalam istilah lain dikenali sebagai tapak pusat menjual produk-produk tempatan seperti hasil-hasil pertanian, ternakan dan sebaginya. Pembersihan dimulakan tepat pada jam 4.30 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudiannya. Para penduduk telah bergotong royong dengan membawa sendiri alatan utama untuk pembersihan seperti cangkul, parang dan sebagainya. Kemuncak gotong royong sampai pada penghujungnya apabila kawasan tapak tamu dibakar bagi memastikan rumput-rumput yang tumbuh bersih sepenuhnya.

Pembersihan tapak tamu ini menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam kemajuan kampung yang dicanang oleh pucuk pimpinan tertinggi Badan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Minawo Laut (JKKK) iaitu di bawah pimpinan Encik Mellitus Anastasius. Dengan adanya tapak tamu ini adalah diharapkan para penduduk kampung dapat menjana ekonomi dengan lebih baik dalam menambah pendapatan isi rumah lebih-lebih lagi di kala ekonomi kurang memberangsangkan ketika ini, baik di sektor perladangan getah atau kelapa sawit yang menjadi antara nadi kepada ekonomi kampung. Bak kata orang Sabah, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekaran bila lagi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong usaha murni ini agar mencapai tujuan dan matlamatnya. Berikut ini ialah gambar-gambar sewaktu aktiviti gotong royong perdana dijalankan.





Disediakan Oleh:
Johanes Bulot@Bulat
Pengerusi Penaja
Komuniti Rukun Tetangga
Kampung Minawo Laut

No comments:

Post a Comment